Thursday, December 13, 2007
F.I.N.A.L.S
Ya Allah ya tuhanku...
Jika sesuatu perkara itu adalah terbaik buat diriku, agamaku, masa depanku, kehidupan dunia akhiratku dan membawaku lebih dekat kepadaMu, permudahkanlah perkara itu untukku, hampirkanlah perkara itu padaku, bukakanlah hatiku pada perkara itu...
dan Jika sesuatu perkara itu adalah buruk untuk diriku, agamaku, masa depanku, kehidupan dunia akhiratku dan menjauhkan diriku dari mengingatiMu, menjauhkan aku dariMu, jauhkanlah aku dari perkara itu, lindungilah dan peliharakanlah aku dari perkara itu, dan tutupkanlah pintu hatiku dari perkara itu....
amiiin....
doa nih bagus kalau kita tak berkesempatan untuk solat istikharah..and solat istikharah bukanlah semata2 untuk hal2 kawen jer..but for all matters in our lives involving making decisions....which mcm hari2 jer ade kee..so...klu diamalkan slalu..insyaAllah keputusan yang kita buat sehari2an adalah yang terbaik dan membawa kita lebih dekat kepada Allah
good luck everyone for the finals!...usaha dulu pulun2..then kite tawakkal eyhh..jangan give up awal2 lagi...^_^V
wallahua'lam~
Sunday, December 9, 2007
Puteri Tak Dilindungi Bulan
  10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
 Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
 Satu kena rogol beramai-ramai
 Tinggal lagi Sembilan.  
   9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
 Berpesta seks - video lucah di apartmen
 Satu sempat dicekup pencegah maksiat
 Tinggal lagi lapan. 
   8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
  Pergi ke konsert Jom Heboh
 Satu hilang ikut jantan
 Tinggal lagi tujuh.  
  7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
  Jadi GRO di Kelab Nilam
 Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
  Tinggal lagi enam.  
  6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
  Berpesta arak dan karaoke di kota
 Satu terus jadi pelacur
 Tinggal lagi lima.  
  5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
  Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
  Tinggal lagi empat. 
   4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
 Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
 Satu sudah murtad hendak kahwin
 Tinggal lagi tiga.  
  3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
  Terjebak dengan kumpulan bohsia
 Satu ditangkap bunuh bayinya
  Tinggal lagi dua.  
  2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
  Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
  Satu mati eksiden ketika lumba haram
 Tinggal lagi satu.  
  1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
  Sangat-sangat susah hati
 Termenung-menung seorang diri
 Bagai ayam mabuk tahi
 Rasa hidup sunyi sepi
 Berkurung dalam bilik setiap hari
  Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
  Lalu terjun dari pangsapuri
  Langsung diapun mati  
got the picture? ^_^
Wednesday, December 5, 2007
terhanyut atau MENGhanyutkan diri?
ape jadi pada diri yang dulu...yang walaupun tidak se-carefree begini...tapi lebih tenang and lebih bahagia...kenape tidak boleh begitu semula?
berulang kali mencuba berjalan di atas jalan yang lurus...tapi tak sampai selangkah diri ini jatuh jauuuh ...and terpesong lagi....memohon lagi pada Pencipta...bawalah diri in kepadaNya...dipermudahkan menghampiriNya...mendampingiNya...tapi....akhirnya..sendir juga yang memalingkan muka dari Yang Maha Pengasih dan Pengampun itu....bagaimanalah begitu?
yang sesat ditunjuk jalan..tapi kembali menyesatkan diri....sampai bila pon tidak jumpa jalan keluar dan tidak akan sampai ke destinasinya....mahu buat macamana?
life jacket dah dihulurkan dari pelbagai arah....tepi, depan, belakang...tapi..life jacket tuh hanyalah di tatap dan dipegang hujung2...mane nk membantu orang yang sedang hanyut...bukannye tak mampu menyarungkan life jacket tu sendiri...tapi kedegilan dan kurangnya yakin menyebabkan diri ini hanya memandang sahaja life jacket itu....ntah bila mahu betul2 disarung...mungkin bila sudah sampai dihujung air terjun atau curam yang dalam baru mahu disarung...na'uzubillah....
wahai orang yang hanyut, BANGKITLAH...BERJUANGLAH...BERKORBANLAH
 
